PAHALA..PAHALA..PAHALA..bolehkah seseorang muslim solat dgn khusyu' sekiranya tujuan ia beribadah adalah lantaran daripada hukum ibadah tersebut adalah wajib?dari mana titik tolak ia melakukan solat tersebut?dari hukum?atau lillahi ta'ala?oleh itu,begitu pentingnya kita mengenali Allah SWT sebelum kita mempelajari dan mengetahui hukum2 itu lagi kerana mana mungkin dikatakan seseorang itu ikhlas ingin membuat kebaikan seandainya kebaikan tersebut dilakukan kerana habuan yg ditawarkan bagi si pembuat kebaikan tersebut..
apakah kita sbg seorang manusia bisa ditakrifkan sbg seorang yg ikhlas andai setiap pekerjaan yg kita lakukan adalah bermatlamatkan ganjaran?atau apa mungkin amalan kebaikan yg kita lakukan itu dianggap ikhlas andai ianya dilakukan semata2 kerana takutkan hukum?pabila hukum mengatakan wajib,maka kita memaksa diri utk melakukannya, sementara apabila hukum mengatakan haram, maka kita memaksa pula diri kita meninggalkannya?
lihat!!di mana kita meletakkan tahap kehambaan dan ketaatan kita kepada sang pencipta sehingga kita melihat betapa berharganya nilai pahala dan betapa dahsyatnya balasan dosa?di mana keikhlasan kita dlm mencintai Allah dan beribadah serta mendekatkan diri kepadaNya?
siapa pahala sehingga kita berlumba2 mengejarnya?ketahuilah oleh kita bahawa di situlah terciptanya hijab antara kita dan Allah, pencipta Yg Maha Esa.
tak usahlah menyangka diri ini ikhlas melakukan ibadah atau kebaikan andai dlm hati masih terbayang pahala dan juga dosa..ya, memang benar dosa itu azab, namun hakikatnya azab itu Dia yg menciptakan..bayangkan, kita melakukan suatu amalan kerana takut dihukum?andai hukuman itu tidak pernah wujud,maka apakah kita ingin melaksanakan amalan tersebut?andai pahala itu tidak wujud, apakah ingin kita mentaatinya dlm segenap aspek ibadah?
duhai manusia, buanglah rasa itu..rasa yg telah membuat engkau jauh dari pencipta..Allah,apakah mungkin dosa dan pahala ini dugaan yg sengaja Engkau cipta buat hamba2Mu..dugaan yg sengaja Engakau adakan utk melihat dan menilai, apakah benar mereka ikhlas dlm melakukan ketaatan terhadapMu atau disebabkan pahala dan dosa yg telah Engkau hadirkan itu tadi.
memang benar, kita sebagai hamba wajib mentaati Allah dgn melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala yg dilarang olehNya..namun begitu, beramallah dgn ikhlas..sesungguhnya keikhlasan itu hanya akan wujud pada hati2 yg mencintai..
Muhasabah diri : Allah, bagaimana aku bisa ikhlas melakukan ibadah andai syurga yg aku dambakan dan bagaimana pula aku ikhlas meninggalkan perkara2 yg Engkau larang andai dosa yg aku khuatirkn?
kenalilah Allah dan berusahalah utk mengenaliNya kerana daripada itulah engkau akan mula mencintaiNya dan sentiasa berharap kepadaNya..maka di sanalah terdapat keikhlasan..dan pada hati2 yg mencitai itulah terlahirnya sebuah keikhlasan..wa Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment